Hadi kekal, Mat Sabu tersingkir (keputusan penuh)

hadi

KUALA SELANGOR, Jumaat – Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden PAS bagi sesi 2015-2017 mengalahkan Ustaz Ahmad Awang pada muktamar agung parti itu di sini, semalam.

Abdul Hadi memperoleh 928 undi, manakala Ustaz Ahmad 233 undi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, penyandangnya Mohamad Sabu tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila hanya memperoleh 279 undi, berbanding pencabarnya mendapat 881 undi.

Keputusan pemilihan bagi keseluruhan jawatan dalam parti diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awl di Stadium Tertutup Kuala Selangor, selepas pengiraan selesai lewat malam tadi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, tiga calon dipilih iaitu Ustaz Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi)

Asmuni berkata, dalam pemilihan kali ini, 1,189 perwakilan layak mengundi. Bagaimanapun, hanya 1,162 kertas undi yang dikeluarkan dengan 1,161 kertas undi dikembalikan.

Beliau turut mengumumkan Hussin Ismail menang tanp bertanding bagi jawatan pengerusi tetap dan Ustaz Kamal Ashaari (timbalan pengerusi tetap). Abdul Syukur Aziz dan Mohd Najib Ahmad (penyimpan kira-kira).

Berikut adalah keputusan pemilihan keseluruhan Ahli Jawatankuasa Kerta PAS Pusat bagi sesi 2015-2017.

Presiden:
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (928)
Ustaz Ahmad Awang (233)

Timbalan Presiden:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (881)
Mohamad Sabu (279)

Naib Presiden:
Ustaz Idris Ahmad (896)
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710)
Datuk Iskandar Abdul Samad (672)
Salahuddin Ayub (435)
Datuk Mahfuz Omar (378)
Datuk Husam Musa (317)

Ahli Jawatankuasa

Nasruddin Hassan (782)
Dr Riduan Mohd Noor (782)
Datuk Nasruddin Daud (777)
Sallehen Mukhyi (763)
Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (749)
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (736)
Datuk Dr Fadhli Hasan (722)
Datuk Abdullah Hussin (679)
Razman Zakaria (674)
Dr Mohd Zuhdi Marzuki (670)
Ustaz Mokhtar Senik (656)
Zaharuddin Muhammad (611)
Dr Ali Akbar Gulasan (596)
Mazlan Aliman (593)
Dr Rosni Adam (590)
Mohd Noor Mohamad (566)
Muhamad Sanusi Md Nor 556
Nor Azli Musa (544)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?