Isma Kajang sasar capai agenda mengarus perdana agenda dakwah

3

PORT DICKSON, 7 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kajang menyasarkan pertambahan keahlian dan merancakkan lagi program umum bagi mencapai agenda-agenda mengarus perdanakan agenda dakwah.

Itu antara sasaran yang ditetapkan bersama Jawatankuasa cawangan Isma Kajang bersama biro-biro cawangan semasa program ‘Retreat dan Ijtima’ Isma Kajang Sesi 2015′ yang diadakan di sini baru-baru ini.

“Apa yang penting bagi kita dalam tempoh satu dua tahun ini ialah meningkatkan pertambahan ahli, sasaran kita pada 2014 ialah seramai 50 orang ahli baru di Kajang, alhamdulillah kita memperolehi 162 pendaftaran ahli baru, melebih sasaran yang ditetapkan,” kata Yang Di-Pertua Isma Kajang Nazif Emran Farid.

Beliau menambah terdapat beberapa program impak besar termasuklah Karnival Impian Murni yang dianjurakan bersama Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2) berjaya mencapai objektif dakwah seperti yang diharapkan.

Naib Yang Di-Pertua Isma Kajang Engku Zakir Hussien b. Syed Abdullah pula berkata Biro Dakwah Isma Kajang akan bekerjasama bersama biro yang lain bagi memastikan hasrat Isma diperingkat pusat dapat dilaksanakan di cawangan.

Bagi Ketua Wanita Isma Kajang Asma Ahmad, retreat kali ini membuka peluang kepada wanita mengetengahkan idea dan cadangan bagi memperbaiki lagi perjalanan dan pengendalian program di cawangan.

Beliau menyarankan agar beberapa program wanita disertakan bersama program anjuran biro dakwah agar penyertaan ahli wanita lebih berkesan dan menyeluruh.

Ketua Biro Belia dan Remaja, Amiruddin Husain Ahmad Kamal pula meletakkan fokus kepada pengumpulan ahli dan pembangunan belia di Kajang dengan menumpukan beberapa program yang dapat menarik penyertaan mereka.

Program retreat kali ini berlangsung selama dua hari yang melibatkan semua ahli Jawatankuasa cawangan Isma Kajang bersama biro-biro dan penggerak cawangan.

photo_2015-06-07_23-08-29

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian