Keputusan pilihan raya Turki: AKP menang kali keempat berturut-turut
TURKI, Isnin – Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) memenangi pilihan raya umum keempat berturut-turut tetapi tidak berjaya mendapat majoriti yang diperlukan bagi membentuk kerajaan.
Parti itu yang mula berkuasa pada 2002 sebelum memenangi pilihan raya pada tahun 2007 dan 2011, memperoleh 40.92 peratus undi dengan 99.10 peratus undi dikira, memenangi 259 kerusi di Dewan Negara, kurang 17 kerusi untuk majoriti mudah.
Parti Demokratik Rakyat pro-Kurdish (HDP) berjaya mencecah 10 peratus undian dengan memperolehi 12.67 peratus undi untuk mengambil 78 kerusi di mana ini adalah kali pertama parti HDP akan masuk ke parlimen sebagai satu parti.
Republikan Parti Rakyat di tempat kedua (CHP) memperolehi 25.19 peratus undi untuk mengambil 131 kerusi, sementara Parti Gerakan Kebangsaan (MHP) mendapat 16,48 peratus untuk mendapat 82 kerusi.
Jumlah keluar mengundi pada kali ini adalah seramai 86.25 peratus.
Presiden Recep Tayyip Erdogan dijangka meminta Parti AK sebagai pihak yang menerima jumlah tertinggi undi untuk membentuk kerajaan campuran dalam tempoh 45 hari.
Kerajaan tersebut kemudian akan mengemukakan program kepada perhimpunan parlimen dalam masa seminggu, di mana ia akan tertakluk kepada undi tidak percaya.
Jika parlimen tidak menyokong kerajaan baru, Presiden boleh mengarahkan diadakan pilihan raya baru.
Lebih daripada 53.7 million rakyat Turki layak untuk keluar mengundi untuk memilih 550 ahli kepada Dewan Negara pada pilihan raya kali ini. – AGENSI
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan