Laporan: 45 kes menyebabkan 601 kematian di Syria pada bulan Mei

SYRIA MATI
SYRIA, Jumaat – Laporan Jaringan Hak Asasi Manusia Syria melaporkan telah berlaku 45 kes pembunuhan besar-besaran yang menyebabkan 601 kematian, antaranya 145 kanak-kanak dan 90 wanita sepanjang bulan Mei.

Laporan itu menyebut 38 kes pembunuhan besar-besaran dilakukan oleh tentera kerajaan, 3 kes oleh kumpulan militan IS, 3 kes oleh kumpulan pembangkang bersenjata dan satu kes oleh pakatan antarabangsa.

Kesemua 45 kes itu berlaku di bandar Halab, Dir Roz, Idlib, Damsyiq, Homs, Humah dan Haskah.

Sebanyak 37% mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Ini menunjukkan serangan dilakukan oleh pihak terbabit ke atas orang awam.

Tentera kerajaan adalah pihak yang membunuh paling ramai iaitu 498 orang melibatkan 118 kanak-kanak dan 70 wanita.

Mangsa yang dibunuh oleh kumpulan IS ialah 21 orang, mangsa yang dibunuh kumpulan pembangkang bersenjata pula seramai 18 orang, manakala tentera pakatan antarabangsa telah membunuh 64 orang termasuk 31 kanak-kanak dan 19 wanita. – AGENSI

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?