Letak jawatan: Hishamuddin letak tiga syarat untuk setuju

h2o setuju letak jawatan dengan syarat
BANGI, Isnin – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meletakkan tiga syarat untuk bersetuju dengan cabaran ‘letak jawatan’ oleh Datuk Seri Najib Razak jika tidak bersamanya dalam pemulihan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Pertahanan itu berkata, tiga syarat itu adalah 1MDB perlu menjalani proses rasionalisasi, pengurusan yang didapati terlibat salah laku diambil tindakan dan ketelusan sepanjang melaksanakan syarat satu dan dua.

“Setuju dengan syarat. Yang pertama, rasionalisasi 1MDB. Yang kedua akauntabiliti sekiranya ada salah. Yang ketiga ketelusan,” tulisnya di twitter.

Perdana Menteri semalam dilaporkan mencabar anggota kabinet yang tidak bersamanya dalam isu 1MDB supaya meletak jawatan.Hishammuddin-Hussein

Cabaran itu didakwa dibuat pada mesyuarat Kabinet Jumaat lalu selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Minggu lalu juga tersebar klip video Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggesa semua ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat dan disiasat pihak polis.

Kenyataan itu dilihat banyak pihak sebagai ‘melawan bos’ kerana Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah Najib sendiri.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian