Mahkamah tangguh keputusan hukuman mati Morsi, lebih 150 yang lain

MAHKAMAH MESIR 2 JUN 2015
KAHERAH, Selasa – Mahkamah Jenayah Kaherah menangguhkan keputusan hukuman mati ke atas Presiden sah Mesir Mohamad Morsi dan lebih 150 pemimpin Ikhwan Muslimin atas tuduhan lari dari Penjara Natroun dan tuduhan risikan bersama Hamas.

Meskipun mahkamah telah mendapat pandangan Mufti Mesir dalam kes ini, pengumuman keputusan hukuman ini tetap ditangguhkan dua minggu lagi sehingga 16 Jun.

Mahkamah bagaimanapun tidak memaklumkan isi kandungan pandangan yang diberikan oleh Mufti.

Pada 16 Mei lalu, mahkamah telah menghantar fail ke kepada pejabat Mufti untuk mengambil pandangannya selaku pihak autoriti tertinggi agama Islam di Mesir sebelum menjatuhkan hukuman.

Ia adalah prosedur yang perlu dipatuhi oleh pihak mahkamah.

Turut dituduh melarikan diri dari Penjara Natroun selain Presiden Morsi ialah Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Muhammad Badie, pemimpin Ikhwan Rashad Bayoumi, bekas ketua Parlimen Saad Katatni, Isam Uryan dan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Bagi tuduhan risikan bagi pihak luar, turut dituduh Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mahmud Izzat dan Khairat Syatir. – AGENSI

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian