Mana darah pahlawan? Netizan tanya Najib
BANGI, Jumaat – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semalam mendakwa “darahnya bukan sembarangan”, dikritik warga nitizen ekoran tidak hadir dialog bersama Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Najib sepatutnya hadir ke dialog bersama NGO “Nothing to hide” di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC), yang turut dihadiri Tun M hari ini, bagaimanapun membatalkannya atas alasan faktor keselamatan.
Pemakluman ketidakhadiran Najib itu diberitahu Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan ringkas di Twitter, ketika hampir 2000 hadirin sedang menanti kehadiran perdana menteri itu ke dewan.
Ia kemudian mengundang kritikan warga maya yang melihat alasan yang diberikan sebagai tidak logik.
Berikut antara komen-komen yang sempat dikutip:
“Bg jwpn yg munasabah la. Yg bernas. Yg dtg org2 kenamaan. Dlm banggunan umno. Parti keramat melayu yg berkuasa di malaysia. Kamon la!,” tulis Sahairr Zafran di facebook.
“Keselamatan apa..?najib ada bodyguard..polis keliling..orang awam je bukan ada senjata..apa yg nak takut..?,” soal Kamil Shamsul .
“Puluhan ribu orang kat public area PM boleh pergi,selamat juga,tapi PWTC tempat sendiri x selamat.alasan x terima??? Cari alasan lain la.,” kata Saravanan Thannarasu.
“Pahlawan tak larat nak bangun malam tadi kena tindih…,” tulis Effendy Fooad.
“Darah pahlawan yg tak mampu berlawan hanya mampu MENGAWAN.. hihihi,” kata Rocker Arm.
“Hu..hu..mana darah pahlawan tahi kucingggg tu…baru Tun M dtg..da kocut perut…berani kerana benar…tamut kerana s……h ha..ha..,” kata Abd Shukor.
Bangun lewat
Turut mengulas ketidakhadiran Najib hari ini termasuk wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin.
Menulis di blognya, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times berkata mungkin Najib bangun lewat kerana nyenyak tidur malam tadi selepas mendapat sokongan padu BN Sarawak semalam.
“Saya yakin ada alasan yang kuat misalnya beliau terlebih tidur dan bangun lewat kerana semalam terlalu nyenyak tidur sebantal dengan isterinya.
“Atau beliau seorang “joker” yang mempersendakan khalayak. Untuk selamatkan bos mereka daripada dimalukan di depan khalayak, budak-budak PMO salahkan polis. Adoi, lawak,” tulisnya sambil memaparkan sekeping gambar joker dengan tanda “Mohd Najib: Pahlawan Bugis atau Joker?”.
Kenyataan “darah pahlawan” dan “tidur nyenyak” itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Najib semalam, ketika berucap di Sarawak.
Najib berkata:
“Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya.
“Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang,” katanya berucap di majlis pemimpin bersama rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching semalam
Umum mengetahui hubungan antara Najib dan Tun M, tegang ketika ini ekoran kritikan hebat bekas perdana menteri dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tun M dalam beberapa tulisannya, mempersoal kehilangan wang pelaburan 1MDB dan menyalahkan pengurusan syarikat itu yang diketuai Najib sendiri sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Kegagalan Najib dalam isu itu mendorong banyak pihak termasuk Tun M, mendesak beliau berundur.
Bagaimanapun semalam, ketika berucap di Sarawak, Najib berkata beliau tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan dengan menyifatkan dirinya mempunyai darah pahlawan Bugis.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan