Nik Abduh menang, kumpulan ulama dominasi kabinet baharu pemuda PAS

Gambar FB Pemuda Pas Selangor

Gambar FB Dewan Pemuda Pas Selangor

SHAH ALAM, 3 Jun – Seperti dijangka, kumpulan ulamak akhirnya berjaya menguasai saf kepimpinan baharu Pemuda PAS, pada pemilihan kali ini.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berjaya menewaskan penyandang Zuhaizan Kaiat untuk jawatan ketua pemuda.

Nik Abduh memperoleh 429 undi berbanding Suhaizan, hanya memperoleh 263 undi.

Sementara itu, untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda, anak kepada Presiden PAS, Khalil Abdul Hadi mengekalkan penguasannya dengan memperoleh 435 undi mengalahkan pencabarnya, Dr Raja Iskandar Al Hiss yang hanya mendapat 257 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam juga berjaya mengekalkan jawatannya apabila mendapat 458 undi berbanding pencabarnya, Norazman yang hanya mendapat 235 undi.

Kemenangan Nik Abduh, melengkapkan penguasaan kumpulan ulamak untuk tiga jawatan tertinggi dewan itu, sekaligus meranapkan impian kumpulan profesional yang lebih mesra Pakatan, untuk menguasai sayap itu.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Pemuda PAS Pusat 2015

Pengerusi Tetap
Ust Kamal Ashaari – 491
Yb Abdul Latip Abdul Rahman- 202

Timb Pengerusi Tetap
Dr Riduan Mat Nor – 486
Ahmad Sabky Yusof – 205

Ketua Pemuda
YB Ustaz Nik Mohd Abduh – 429
Suhaizan Kaiat – 262

Timb Ketua Pemuda
Ust khalil Abdul Hadi – 435
Dr Raja Iskandar – 257

Naib Ketua Pemuda
Ir Haji Khairil Nizam – 458
Us Norazman – 235

Ajk
1. Abg Kerdee – 326
2. Afnan hamimi – 430
3. Ahmad Fadhli Shaari – 447
4. Hakim mohd nor – 263
5. Hishamuddin karim – 432
6. Izwan Halim – 355
7. Lahirul latigu – 304
8. Mohd Arifiraizul – 217
9. Mohd Azam Samat – 430
10. Mohd Fakhrurazi – 273
11. Hafiz Sabri – 386
12. Mohd Hasbie Muda – 254
13. Nasaie ismail -304
14. Mohd Nasir zakaria – 269
15. Sany hamzan – 287
16. Zawawi hassan – 402
17. Mohd faiz – 235
18. Hafiz musa -252
19. Ramlan mahmood – 26
20. Muhtar suhaili – 362
21. Norazariza – 101
22. Nurul islam – 377
23. Ramadhan fitri – 310
24. Syahir Sulaiman- 409
25. Syarhan Humaizi – 406
26. Syed kadir – 399

* Bagi ahli jawatankuasa, hanya 12 calon memperoleh jumlah undi tertinggi, layak secara automatik.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian