PAS bidas DAP, cuba gambar hudud bawa malapetaka

Mustafa Ali
BANGI, Isnin – PAS hari ini membidas sikap pemimpin tertinggi DAP yang berterusan menyerang Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan Setiasuaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang seperti orang ‘baru masuk politik’.

“Mereka gopoh dan gelabah menyerang parti dan presiden atas pelbagai isu, terutama hudud,” katanya pada sidang media hari ini.

Lebih aneh kata Mustafa, Kit Siang yang juga veteran DAP secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan “selamatkan Malaysia” daripada pelaksanaan hukum hudud.

“Seolah-olah hudud itu satu malapetaka kepada seluruh rakyat negara ini. Bagaimana kamu boleh berkata demikian,” soalnya.

“Mahu bentuk kerajaan merentasi parti politik untuk selamatkan Malaysia. Nak Selamatkan Malaysia daripada apa? Saya tak faham,” kata Mustafa lagi.

Sementara itu beliau juga menolak tanggapan DAP yang mendakwa nasib Pakatan Rakyat bergantung kepada keputusan muktamar PAS minggu ini.

“Kenyataan itu gopoh, tak sabar. Itu tak kena,” katanya.

Mengulas tindakan Guan Eng memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi, Mustafa berkata ia juga satu tindakan gopoh oleh pemimpin DAP itu.

“Saya nasihatkan tak kenalah cakap kasar begitu, jangan gopoh, sabar sedikit.

“Apa-apa perbezaan pandangan, bincanglah. Hudud ni bukan benda baharu pun. Lama dah. ‎Saya tak perlu ulanglah,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian