PAS tetap bersama Pakatan, kata Hadi

hj hadi
Oleh Azri El

KUALA SELANGOR, Khamis – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap akan meneruskan kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat, biarpun hubungan parti itu dengan sekutunya DAP, tegang.

Abdul Hadi membuat penegasan itu, ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Istiqamah Hingga Kemenangan”, di Muktamar PAS kali ke-61 di Kuala Selangor pagi ini.

Beliau berkata, tahaluf siyasi adalah satu pendekatan yang telah dibincang panjang oleh para ulama, dan ia akan diteruskan selagi ia tidak bercanggah dengan panduan Al-Quran dan Sunnah.

“Marilah kita meneruskan kerjasama tahaluf, dengan rukun dan syarat yang ditetap Islam mengikut panduan Al-quran dan sunnah, serta tidak bertolak ansur dalam perkara zalim.

“Namun semua ini dilakukan melalui kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat tidak mengikat kita untuk membawa Islam,” katanya.

Sementara itu Abdul Hadi juga berkata, PAS tidak berkompromi dan menolak pihak yang mahu menghalang mereka melaksanakan Islam di negara ini, termasuk rakan tahaluf.

Tanpa menamakan pihak itu, Abdul Hadi berkata ada pihak secara terang-terangan mengikat PAS supaya tidak bergerak membawa agenda Islam.

“PAS menolak orang yang menghalang pelaksanaan Islam. PAS menolak orang yang mahu membalas dendam terhadap perjuangan Islam.

“Perlu kita ingat, apa saja persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda Islam tidak boleh diikuti sama sekali,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian