Penyebaran risalah judi di kawasan majoriti Islam tindakan biadab

iklan judi melaka 2

BIADAB. Risalah judi yang disebar di kawasan perumahan Melayu Islam.

Oleh Nurul Aizam Zaini

MELAKA, Rabu – Risalah mempromosikan aktiviti perjudian kini bertebaran di kawasan perumahan majoriti Islam di Paya Rumput, Taman Melawis Bukit Betuang dan Taman Bukit Beruang Utama, Melaka.

Risalah tersebut menawarkan beberapa pakej judi oleh syarikat KTM4U antaranya Da ma cai, Magnum 4D dan Sport Toto. Kata-kata penarik yang digunakan ialah ‘Insider Info & Tips Sure Win With One Wager’, ‘Grab Your Golden Chance The Next Big Winner Will Be U’.

Lebih mengejutkan, risalah itu meletakkan tiga orang testimoni antaranya orang Melayu. Dua lagi ialah Cina dan India yang telah menggunakan perkhidmatan itu.

Turut tertera nombor talian yang boleh dihubungi untuk mereka yang berminat.

Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim, YDP ISMA Melaka

Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim, YDP ISMA Melaka

Susulan itu, Yang Dipertua ISMA Cawangan Melaka, Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim, menegaskan bahawa penyebaran risalah itu merupakan tindakan biadab serta tidak menghormati senstitiviti orang Islam di kawasan ini.

Katanya, Paya Rumput adalah kawasan majoriti umat Islam. Begitu juga di Bukit Beruang, ia diedarkan di rumah-rumah orang Melayu Islam.

“Jika ada keberanian menyebarkan di kawasan ini, apatah lagi di kawasan Parlimen dan DUN yang lain? Ini sungguh tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

“Justeru, kita seru kerajaan negeri menyiasat dan mengenakan hukuman berat kepada pengedar risalah ini sama seperti tindakan serius kepada penjual arak di kawasan orang Islam.

“Ada pihak sudah berani mencemar kesucian agama Islam dan kita perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang perkara ini.

“Apatah lagi apabila dalam risalah jelas tertera nombor lesen iklan dan mendapat permit untuk diedarkan. Siapa yang memberi permit ini?” soalnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian