Pilihan raya Turki: 53,765,231 pengundi tunai tanggungjawab hari ini

Kertas undi pilihan raya Turki

Kertas undi pilihan raya Turki

TURKI, Ahad – Seramai 53,765,231 orang pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih parti yang akan memerintah negara itu dalam pilihan raya parlimen hari ini.

Pusat-pusat pengundian di 81 wilayah akan dibuka seawal jam 8 pagi waktu tempatan dan akan ditutup pada jam 5 petang.

Sebanyak 20 parti yang bertanding termasuk parti pemerintah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Parti Rakyat Demokratik, Parti Gerakan Perkauman, Parti Demokratik Rakyat (majoriti ahlinya berbangsa Kurdi) dan turut diserta 165 orang calon bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya melarang sebarang sebaran maklumat, edaran risalah kempen dan keputusan pilihan raya di semua media sehingga jam 6 petang hari ini.

Semua media hanya dibenarkan menyiarkan apa-apa bahan berkaitan pilihan raya selepas jam 9 malam.

Minuman beralkohol juga dilarang diminum bermula jam 6 pagi sehingga jam 6 petang.

Kelab-kelab hiburan juga diarah tutup semasa tempoh pengundian.

Sebarang senjata turut dilarang dibawa bersama melainkan bagi anggota pasukan keselamatan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian