Polis terima 22 laporan bantah penganjuran program ‘Johor for Jesus’

Laporan polis turut dibuat oleh masyarakat Johor membantah penganjuran acara ini.

Laporan polis turut dibuat oleh masyarakat Johor membantah penganjuran acara ini.

JOHOR BAHARU, Selasa – Polis hari ini menerima 22 laporan daripada pelbagai pihak yang membantah penganjuran program dipercayai berunsur keagamaan di tiga lokasi di negeri ini dan penyebaran trailer video penganjuran festival itu yang tersebar di laman sosial.

Difahamkan program tersebut ialah MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference, Festival of God’s Power dan Church Family Camp 2015.

Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad berkata 12 laporan diterima daripada pihak Umno manakala 10 yang lain dari badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

“Setakat pukul 5.30 petang, lima laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan, IPD Johor Baharu Utara (lima), IPD Kluang (tiga), IPD Segamat (enam), IPD Mersing (satu) manakala IPD Kota Tinggi (dua),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rusli berkata polis akan menjalankan siasat terperinci berhubung penganjuran dan klip video itu selain bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Johor.

Beliau berkata setakat ini, penganjur festival tersebut juga sudah dipanggil bagi memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Berita berkaitan:

Video: Johor for Jesus, Take possession of the land (Johor Bahru)
Video, iklan persidangan ‘Johor for Jesus’ ditarik balik
Program ‘Johor for Jesus’ berunsur provokasi, cabar perlembagaan
Orang nak rampas tanah kita…

Rusli berkata penganjur memaklumkan penganjuran festival di sebuah premis di bandar raya ini dan Mersing sudah dibatalkan kerana tidak menerima kebenaran pemilik premis.

Menurutnya penganjuran di sebuah hotel di bandar raya ini pula akan diteruskan buat masa ini kerana mendapat kebenaran pihak hotel atas factor dilakukan secara tertutup di dalam bangunan.

“Polis sudah memberikan nasihat kepada penganjur supaya tidak melampaui batas dan mengikut undang-undang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau turut membuat laporan berhubung penganjuran tersebut di Balai Polis Dato Onn di sini pada 2.57 petang.

Ketuanya Syahrin Md Jamaludin berkata pihaknya mendesak supaya penganjur lebih berhati-hati dengan setiap penganjuran program yang ingin mereka lakukan.

“Kita harap pihak penganjur ubah suai pelaksanaan program supaya jangan sampai program yang mahu dibuat itu menggangu gugat keharmonian agama lain dan bangsa Johor.

“Kita juga desak pihak berkuasa tempatan yang memberi permit penganjuran supaya teliti sebelum memberi kebenaran. Jangan sesekali menggunakan isu-isu sensitif dan diprovokasikan,” katanya. -BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?