Ruang perpaduan dengan UMNO luas selepas PAS tolak DAP

umni-1

Oleh Azri El

BANGI, Isnin – Saat ini adalah waktu paling sesuai bagi dua parti terbesar orang Melayu – PAS dan UMNO – mewujudkan kerjasama, demi kepentingan agama dan bangsa di negara ini.

Bagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid, Muktamar Agung PAS Ke-61 minggu lalu telah membuka ruang yang baik ke arah itu, selepas kelompok ulama menguasai keseluruhan jawatan tertinggi parti termasuk sayap Pemuda dan Muslimat.

dr md yazid

Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid

Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah itu juga berkata, tindakan PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP, rakan sekutunya dalam pakatan rakyat (PR), juga dilihat positif ke arah membentuk kerjasama baru dengan UMNO. 

“PAS dah tolak DAP walaupun mahu kekal dalam pakatan rakyat. Pada saya, peluang untuk perpaduan PAS-UMNO kini terbuka. Apatah lagi dengan kepemimpinan baharu PAS hari ini dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan ulama.

“Demi kepentingan Melayu dan Islam, saya kira inilah masanya,” katanya ketika dihubungi ISMAweb.

Mohd Noor berkata, kerjasama itu juga penting bagi PAS yang kini semakin terhakis sokongan orang Melayu, ekoran dilihat terlalu ‘mengikut telunjuk DAP’ dalam banyak isu khususnya di Selangor.

“PAS ditolak oleh orang Melayu kerana hubungan mereka dengan DAP. Bagi orang Melayu, perjuangan PKR tidak jaga Melayu Islam, apatah lagi DAP yang terus terang menolak. Jadi tempias itu terkena pada PAS kerana berada dalam pakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, bahawa parti itu sedia berunding dengan pimpinan baharu PAS bagi mewujudkan kerjasama demi kemaslahatan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Najib berkata, kepemimpinan baharu PAS yang dipelopori sepenuhnya oleh golongan ulama, mampu membawa kepada sesuatu yang lebih positif, khususnya dalam isu rundingan antara kedua-dua parti itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian