Senarai pelaburan menyebabkan 1MDB berhutang RM41.8 bilion

1mdb

BANGI, Rabu – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendedahkan senarai pelaburan yang dibuatnya, termasuk sejumlah RM27 bilion yang dikatakan ‘hilang’ atau ‘tidak dapat dikesan’ hingga syarikat pelaburan kerajaan itu terpaksa menanggung beban hutang berjumlah RM41.8 bilion.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda, berkata senarai pelaburan itu bagi memperjelaskan spekulasi mengenai penggunaan wang yang ditanggung oleh 1MDB.

Katanya, hutang itu digunakan untuk membeli aset-aset tenaga dan tanah, perbelanjaan kewangan, deposit dalam dana pelaburan dan meninggalkan lebihan tunai sebanyak RM0.9 bilion, semuanya berjumlah RM41.8 bilion.

Beliau menyenaraikan wang yang digunakan dari dana RM41.8 bilion, termasuk RM900 juta lebihan tunai yang dipegang syarikat tersebut iaitu:

1. RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas, iaitu
    a. RM8.5 bilion untuk Powertek
    b. RM2.3 bilion untuk Loji Tenaga Kuala Langat
    c. RM1.2 bilion untuk Jimah Energy
    d. RM6 bilion dari hutang yang diwarisi

2. RM1.7 bilion untuk pembelian tanah
    a. RM0.2 bilion untuk Tun Razak Exchange
    b. RM0.4 billion untuk Bandar Malaysia
    c. RM1.1 billion untuk tanah di Air Hitam, Pulau Pinang

3. RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan
    a. RM4.5 bilion untuk kos kewangan dan modal
    b. RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing
    c. RM0.4 bilion untuk cukai

4. RM16.4 bilion untuk dana pelaburan
    a. RM6.1 bilion dalam Brazen Sky
    b. RM4.2 bilion dalam Aabar Deposit
    c. RM5.1 bilion dalam GIL Funds

Beliau berkata:

“Sejak beberapa minggu lalu, banyak spekulasi timbul mengenai penggunaan wang daripada hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB, lebih khusus lagi hutang RM27 bilion yang didakwa ‘tidak ditemui’ atau ‘hilang’.

“Kami menyediakan satu ringkasan mengenai apa yang digunakan dari hutang RM42 bilion, maklumat yang sudah didedahkan dalam akaun 1MDB yang diaudit dan boleh didapati orang orang ramai dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

“Kami yakin penjelasan ini akan membantu membetulkan sebarang kekeliruan mengenai isu ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?