Syarikat telekomunikasi Perancis boikot Israel

orange-2

Ketua Eksekutif Orange, Stephane Richard

PARIS, Sabtu – Kumpulan syarikat telekomunikasi Perancis – Orange – membuat keputusan menarik diri daripada beroperasi di Israel dalam tindakan terbaru memboikot rejim Tel Aviv itu.

Ketua Eksekutif Orange, Stephane Richard, membuat keputusan mengejutkan hingga menimbulkan kritikan selepas memberitahu wartawan di Kaherah bahawa beliau bersedia membawa syarikat itu keluar dari Israel.

Bagaimanapun, kerajaan Perancis yang turut memiliki separuh saham dalam syarikat berkenaan dengan tegas menentang tindakan Richard.

“Walaupun terpulang kepada Presiden Kumpulan Orange untuk menyusun strategi pemasaran bagi syarikat itu, kerajaan dengan tegas menentang usaha memboikot itu,” kata Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius, dalam usahanya mengurangkan ketegangan yang berlaku.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang marah dengan keputusan itu menyifatkannya sebagai amat mengecewakan.

Kenyataan Richard itu menimbulkan kebimbangan rejim Zionis berikutan peningkatan langkah memboikot Israel yang dilancarkan di seluruh dunia sehingga memberi imej buruk kepada Tel Aviv.

Ketegangan diplomatik antara Perancis dan Israel memuncak apabila Paris membuat keputusan mengiktiraf kewujudan negara Palestin.

Orange bagaimanapun berkeras dengan keputusannya untuk menamatkan pemberian lesen jenama kepada syarikat telekomunikasi kedua terbesar di Israel, Partner. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?