Tahanan politik Mesir, Mohamed Sulton dibebaskan

Mohamed Sulton menunaikan sujud syukur semasa disambut oleh ahli keluarga di lapangan terbang di Amerika Syarikat.

Mohamed Sulton menunaikan sujud syukur semasa disambut oleh ahli keluarga di lapangan terbang di Amerika Syarikat.

KAHERAH, Isnin – Mohamed Soltan, warga Amerika Syarikat yang menghabiskan masa hampir dua tahun dalam penjara Mesir atas tuduhan menyertai demonstrasi menyokong Presiden sah Mohamad Morsi , telah dibebaskan dan kembali ke Amerika kelmarin.

Pada April lalu, Mohamed dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan telah menghabiskan waktu dalam tahananya dengan mogok lapar.

Kumpulan hak asasi manusia mengecam tuduhan terhadap beliau dan menganggapnya sebagai bersifat politik.

Pentadbiran Obama, juga mengkritik keputusan mahkamah itu dan menyuarakan kebimbangan mengenai kesihatan Mohamed, dan merayu supaya beliau dibebaskan atas dasar kemanusiaan.

Selepas dijatuhkan hukuman, Mohamed yang memeliki dua warganegara, dilucutkan kewarganegaraan Mesir.

Perintah undang-undang memberi kuasa kepada Presiden kudeta, Abdel-Fattah al-Sisi membuang negara warga asing disabitkan dengan jenayah.

“Selepas usaha yang gigih, kerajaan AS telah berjaya memperolehi arahan pengusiran membawa pulang Mohamed ke Amerika Syarikat, belas kasihan menyelubungi kegelapan Mohamed dan keluarga kami, ” kata keluarga Mohamed dalam satu kenyataan.

Pembebasan Mohamed adalah kes kedua dibuat As-Sisi yang sebelum ini turut membebaskan dan menghantar pulang Peter Greste, seorang wartawan Australia yang didapati bersalah atas tuduhan politik bersama-sama dengan dua rakannya daripada Al Jazeera.

“Pada mulanya Mohamed enggan melepaskan kewarganegaraan Mesir, tetapi tidak mempunyai pilihan lain selepas menerima hukuman penjara seumur hidup,”kata salah seorang peguamnya, Maha Youssef.

Mohamed, lulusan Universiti Ohio pada 2012, ditangkap semasa demonstrasi besar-besaran membantah rampasan kuasa Presiden sah Mohamed Morsi pada bulan Julai 2013.

Bapanya, Solah Sultan, merupakan pimpinan Ikhwan Muslimin, namun beliau tidak pernah menjadi ahli gerakan Islam itu, kata keluarganya.

Ketika himpunan di medah Rabaah, 14 Ogos 2013 lalu, Mohamed ditembak di lengan dan ditangkap di rumahnya 11 hari kemudian. Bapanya juga turut ditangkap.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?