TMJ beri amaran pihak ganggu keharmonian Johor
BANGI, Rabu – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memeberi amaran keras kepada pihak tertentu yang cuba mengganggu keharmonian rakyat negeri Johor dengan menyentuh isu-isu agama.
Memetik laporan Bernama, Tunku Ismail berkata terdapat pihak tertentu sedang cuba untuk memecahbelahkan bangsa Johor.
“Maklumat yang diterima dan dikenal pasti berkenaan video ‘Johor For Christian’ yang sedang menjadi viral di laman sosial Facebook, didakwa didalangi sebuah kumpulan berasal dari Negeri Sembilan,” kata baginda menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, semalam.
Baginda berkata, rakyat Johor perlu bersatu bagi mengelak kemasukan anasir-anasir luar yang boleh memecah belah antara kaum.
“Kita sentiasa menghormati semua kaum dan setiap kaum juga berhak mengamalkan agama masing masing,” katanya dipetik agensi berita itu.
Baca lagi:
Selepas dibantah, program ‘Johor for Jesus’ akhirnya dibatalkan
Video: Johor for Jesus, Take possession of the land (Johor Bahru)
Video, iklan persidangan ‘Johor for Jesus’ ditarik balik
Program ‘Johor for Jesus’ berunsur provokasi, cabar perlembagaan
Orang nak rampas tanah kita…
Kelmarin, ISMAweb mendedahkan satu persidangan kristian atas nama “Festival Of God’s Power” akan diadakan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, pada 3 hingga 5 Jun ini.
Program anjuran kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai pergerakan Movement For Jesus (MforJ) itu bagaimanapun dibatalkan, selepas menerima bantahan banyak pihak.
ISMAweb juga turut membongkar tiga klip video trailer “MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” untuk program itu, yang dimuat naik di laman perkongsian Youtube.
Video yang berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan ucapan dari barisan paderi kristian yang berbaur provokasi dan penghinaan kepada Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negeri Johor, seperti; ” I’m waking up the giant of asia Malaysian Church “, ” Give me Johor Bahru or I Die ” dan ” Allow me to chase away the enemy in the city “.
Selain itu, klip video itu juga memaparkan kenyataan; “Johor for Jesus”, “Take possession of the land (Johor Bahru)” dan “Johor never be the same”.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan