TPM, Hadi Awang cemas gegaran kecil ketika dengar taklimat
KOTA KINABALU, Ahad – Beberapa kenamaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bergegas keluar dari bangunan di Taman Kinabalu, Kundasang berikutan gegaran yang berlaku tengah hari tadi.
Turut meninggalkan bilik taklimat mengenai kejadian gempa bumi itu ialah Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Gegaran kira-kira jam 1.35 tengah hari tadi juga menyebabkan orang ramai yang berada di sebuah restoran yang menjadi lokasi taklimat itu bergegas meninggalkan bangunan berkenaan dan berkumpul di kawasan lapang.
Mangsa yang terkorban ketika gempa bumi di Gunung Kinabalu ialah:
Rakyat Malaysia:
1. Lim Choon Seong, 45, (Pendaki)
2. Muhammad Loqman Abd Karim, 22, (Pendaki)
3. Mohd Khairuladzuan Abdul, 39, (Pendaki)
4. Valerian Joannes (Penunjuk arah)
5. Ricky Masirin (Penunjuk arah)
6. Joseph Solugi (Penunjuk arah).Pendaki Filipina:
1. Karyl Mitzi Higuit Matahom
Pendaki Singapura (pelajar dan guru):
1. Rachel Ho Yann Shiuan, 12.
2. Sonia Jhala, 12.
3. Emilie Giovanna Ramu 12.
4. Ameer Ryyan Mohd Aded, 12.
5. Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar, 13.
6. Mohammad Ghazi Mohamed, 35.
7. Terrence Loo Jian Liang, 29.
8. Muhammad Daanish Amran, 22.
Timbalan Perdana Menteri yang turut disertai oleh Presiden PAS itu sedang mendengar taklimat mengenai gempa bumi yang berlaku Jumaat lalu serta usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap di puncak Gunung Kinabalu.
Pada sidang medianya di kawasan lapang di luar bangunan berkenaan, Muhyiddin berkata, kerajaan akan menjalankan satu kajian bagi menempatkan sebuah pusat pemantauan gempa bumi di Sabah, tidak lama lagi.
Beliau berpendapat daripada apa yang dialaminya ketika mendengar taklimat itu tadi, pihak Jabatan Geosains patut melakukan kajian membabitkan pakar gempa bumi.
“Sebuah pusat pemantauan perlu diwujudkan di Sabah. Kajian juga dapat memperkenalkan prosedur operasi standard kepada penduduk berdepan kejadian seperti itu,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan