Tun M: Duit hilang tak kembali, 1MDB bakal dikawal IPIC
BANGI, Khamis – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Mohamad berkata, pelan penstrukturan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibentangkan kerajaan, tidak akan menyelesaikan masalah syarikat itu.
Malah katanya, langkah itu bukan sahaja tidak mampu mengembalikan wang 1MDB yang hilang, malah membolehkan syarikat luar, International Petroleum Investment Company (IPIC) melalui pelaburan US$1 bilion itu, mempunyai kuasa terhadap 1MDB.
“Sudah tentu ia bukan satu hadiah percuma. Apa yang IPIC dapat untuk US$1 bilion dari 1MDB?
“Kesannya, kehilangan kawalan 1MDB kepada IPIC. Apa-apa pembangunan di tanah itu akan tunduk kepada IPIC,” kata Dr Mahathir memalui tulisan terbarunya “1MDB Restucture”, di blognya www.chedet,cc hari ini.
Beliau berkata, pelan itu tidak boleh memadam masalah 1MDB, dan hakikat bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang dan tidak akan memperolehinya semula.
Sehingga ini katanya, tidak ada bukti bahawa wang berjumlah US$4 bilion dolar (14 bilion Ringgit) dari Kepulauan Cayman berada di Singapura.
Dr Mahathir turut meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan diburu dengan pelbagai tindakan mahkamah selepas kalah pada pilihan raya akan datang.
“Terlalu banyak bukti mengenai usaha menyembunyikan kebenaran oleh ahli politik dan penjawat awam.
“Apabila Najib tewas, dan saya pasti beliau kalah dalam pilihan raya akan datang, tindakan mahkamah yang akan menyusul tidak akan dapat ditahan lagi.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini berkata 1MDB telah memeterai perjanjian dengan IPIC dari firma Abu Dhabi dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), membabitkan bayaran sebanyak US$1 bilion yang akan digunakan bagi melunaskan pinjaman syarikat berkenaan.
Kata Husni, antara ketetapan perjanjian itu adalah IPIC akan membayar US$1 bilion pada atau sebelum 4 Jun ini.
Bayaran berkenaan bertujuan melunaskan pinjaman berjumlah US$975 juta (RM3.5 bilion) yang dibuat lebih awal daripada tarikh ditetapkan kepada sekumpulan peminjam bank antarabangsa.
Perjanjian dengan IPIC dan unitnya, Aabar akan menyaksikan hutang 1MDB berkurangan kira-kira RM3.5 bilion dalam tempoh kurang daripada seminggu daripada sekarang.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan