Ulama gesa rakyat Mesir bangkit lawan pimpinan Al-Sisi

morsih

KAHERAH, Rabu – Beberapa kumpulan ulama Mesir dan negara-negara Arab menggesa rakyat negara itu menentang pihak berkuasa Mesir pimpinan Presiden Abdel-Fattah Al-Sisi, yang telah bertindak keras ke atas umat Islam.

Kumpulan ulama dari Mesir, Lebanon, Palestin, Mauritania, Sudan dan Maghribi dalam satu kenyataan berkata, sistem ‘pembunuhan’ di Mesir oleh regim perampas kuasa telah mengakibatkan ribuan rakyat dibunuh dan dipenjara.

Pendirian kumpulan yang terdiri daripada 150 ulama itu turut disokong Ikhwanul Muslimin, sambil menambah bahawa pernyataan itu telah mengesahkan ‘bahawa penentangan terhadap rampasan kuasa adalah kewajipan agama’.

Kenyataan itu bagaimanapun ditentang kumpulan Pergerakan Belia 6 April yang menyifatkannya sebagai menghasut.

Pergerakan Pemuda 6 April adalah dalang yang mencetuskan pemberontakan menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2011, dan kemudian diharamkan oleh mahkamah tahun lalu.

Morsi yang juga pemimpin Ikhwanul Muslimin digulingkan daripada kerusi Presiden Mesir melalui rampasan kuasa tentera pada bulan Julai 2013.

Tindakan itu menyebabkan berlaku demonstrasi besar-besaran menentang rampasan kuasa sehingga ribuan rakyat terkorban.

Sejak rampasan kuasa itu, rejim kudeta Mesir mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas dan melakukan operasi pembersihan besar-besaran dalam sejarah Mesir apabila pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dipenjarakan.

Pemerintah regim Al-Sisi juga telah menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup terhadap ribuan penyokong Morsi dan pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain.

Pada 2013, Mesir mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas, biarpun gerakan Islam itu berulang kali berkata ia komited kepada perubahan aman. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?