Video, iklan persidangan ‘Johor for Jesus’ ditarik balik

Laman web christianitymalaysia.com telah memadam entri promosi persidangan 'Johor for Jesus'.

Laman web christianitymalaysia.com telah memadam entri promosi persidangan ‘Johor for Jesus’.

BANGI, Selasa – Berikutan pendedahan yang dibuat oleh Ismaweb semalam, video trailer dan iklan persidangan Kristian “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” telah ditarik balik.

Di youtube, video berdurasi kira 1 minit 20 saat itu yang dimuatnaik di tiga pautan berlainan telah dipadam oleh pemilik akaun berkenaan.

Ismaweb turut mendapati entri berita yang mempromosikan persidangan itu di laman web http://ift.tt/1FQMxPA telah dipadam.

Artikel berkaitan: Video: Johor for Jesus, Take possession of the land (Johor Bahru)

Semalam, telah tersebar di kalangan pengguna internet dan media sosial video trailer persidangan Kristian yang menyiarkan kata-kata seperti ‘Johor for Jesus’, ‘Take possession of the land (Johor Bahru)’ dan ‘Johor never be the same’.

Persidangan agama Kristian “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” dijadual berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, pada 3 hingga 5 Jun ini.

kristian video removed

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian