Al-Qassam beri amaran pada Israel, jangan uji kesabaran rakyat Palestin

Hamas

GAZA, Khamis – Sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam memberi amaran kepada regim Israel untuk tidak terus menguji kesabaran rakyat Gaza dan Palestin keseluruhannya.

“Zionis perlu ingat, kesabaran rakyat Gaza tidak akan lama dan akan meletup jika Israel tidak melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam gencatan senjata,” tegas jurucakapnya ketika sidang akhbar di Pelabuhan Gaza semalam.

Pertempuran Al-Asful Ma’kul pada tahun 2014 telah membentuk strategi dan sejarah baru dalam jihad rakyat Palestin pada semua sisi perlawanan.

“Perang Al-Asful Ma’kul telah memberikan harapan kepada rakyat Palestin untuk pembebasan serta mengembalikan hak-hak mereka.

“Perang itu juga telah membentuk sejarah dalam menghancurkan kesombongan musuh. Hakikatnya kemenangan kami dan seluruh rakyat dalam pertempuran itu akan tercatat dalam sejarah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Al-Qassam menegaskan bahawa pembukaan monumen di sebelah Barat Kota Gaza diperuntukan untuk mengenang para syuhada apabila berjaya melakukan penyusupan ke Zikkim di tanah jajahan Israel.

Ketika melakukan operasi khas mereka berjaya menyusup masuk melalui laut menuju ke Zikkim, kemudian masuk ke markas tentera angkatan laut Israel. Aksi tersebut sangat mengejutkan Zionis Israel apabila dalam video yang disiarkan oleh Al-Qassam memperlihatkan para pejuang berjaya meletupkan sebuah kereta kebal milik Zionis Israel. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian