Baiah urusan individu dengan Allah: Takiyuddin

takiyuddin

SHAH ALAM, Sabtu – “Kalau mereka berasakan baiah itu tak ada apa-apa kesan kepada mereka, kita serahkan kepada Allah, itu antara mereka dan Allah.

“Mereka perlu ingat apa yang mereka lafazkan perjanjian itu. Sumpah baiah kita anggap satu perjanjian antara individu ini dengan Allah, dan disaksikan oleh manusia.”

Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mengenai isu baiah, sambil menegaskan parti itu tidak mahu memanjangkannya sebaliknya menyerahkan kepada mereka yang terbabit untuk menilai kesannya.

Bercakap pada sidang media Kongres Rakyat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini, hari ini, baiah adalah akujanji yang mengikat wakil rakyat atau pemimpinnya untuk menjalankan tanggungjawab, jika tidak mereka perlu meletakan jawatan.

“Kalau mereka tak letak jawatan, apa saja pendapatan dari kedudukan itu adalah haram.

“Itu satu akujanji kepada orang yang membuat itu, sekarang ini kalau akujanji itu tak terpakai kepada dia, terserah kepada dia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun baiah tidak mempunyai kesan dari sudut perundangan, tetapi ia memberi kesan dari segi moral kepada individu terbabit.

“Kesan perundangan memang tiada, dia tak letak jawatan pun tak apa, dari segi undang-undang negara walaupun ada baiah atau akujanji, dia tak nak letak jawatan, tiada siapa yang boleh paksa.

“Tapi dari sudut moralnya, memang ada, kita serah kepada dia, tiada kuat kuasa undang-undang ke atas baiah,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad, menegaskan perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang pernah dilafazkan sebelum ini.

Beliau juga berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk kembali melainkan isteri Ahli Parlimen itu berkahwin semula dengan individu lain dan kemudiannya bercerai.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?