Berhimpun mesti bersandarkan perundangan negara: Ahli akademik

Himpunan

BANGI, Jumaat – Mana-mana himpunan yang ingin diadakan sebagai tanda protes mahupun ketidakpuasan hati ianya mesti bersandarkan kepada sistem perundangan negara.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata setiap perhimpunan yang dirancang perlu ada rasional.

“Kita tak nak hanya disebabkan perkara remeh-temeh, sampai nak dibuat satu perhimpunan besar-besaran. Kalau boleh cari jalan lebih profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai rancangan Himpunan Maruah Melayu yang akan diadakan pada 16 Spetember ini di ibu negara. Perhimpunan itu merupakan tindakan susulan ekoran tidak berpuas hati dengan perhimpunan Bersih 4 yang didominasi oleh Cina dan DAP termasuk memberi sokongan kepada kerajaan.

Jelas Shukri, hak berhimpun yang dijamin kerajaan tidak boleh dibuat main-main.

“Walaupun hak berhimpun dijamin Akta Perhimpunan Aman 2012, namun setiap perkara dilakukan semasa berhimpun adalah juga bersandarkan sistem perundangan negara.

“Kita ada Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) antara lain, ini harus dipatuhi selain disulam dengan etika berhimpun,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan bahawa pihak polis tidak membenarkan perhimpunan Himpunan Maruah Melayu diadakan atas faktor keselamatan.

Pun begitu, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, perhimpunan tersebut tetap akan diadakan walaupun pelbagai halangan termasuk tidak mendapat kebenaran polis.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?