Insiden penyokong Harimau Malaya dikesali: Ketua Pemuda Isma

MALAYSIA VS ARAB SAUDI
Oleh Daniel Azar Ishak

BANGI, Rabu – Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Muhammad Luqman Al Hakim menyifatkan tindakan membaling bom asap, api suar dan mercun oleh penyokong-penyokong fanatik pasukan negara ketika perlawanan Harimau Malaya dan Arab Saudi malam tadi sebagai amat dikesali dan mendukacitakan.

Katanya, perkara tersebut adalah peristiwa hitam dalam industri bola sepak negara dan bakal menjerumuskan industri sukan negara ke era yang lebih gelap.

“Ia merupakan peristiwa hitam dalam industri bola sepak negara dan bakal menjerumuskan industri sukan negara ke era lebih gelap selepas prestasi memalukan pasukan negara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berpendapat dengan berlakunya perkara sebegini, ia membuktikan bahawa para penyokong sukan negara telah hilang semangat kesukanan yang selama ini dibanggakan.

Selain itu, kematangan yang rendah dalam menguruskan emosi telah menjadi budaya pada generasi muda yang bukan sahaja dapat memberi kesan negatif dalam arena sukan negara tetapi juga kepada politik negara.

“Saya risau jika para belia bermentaliti semua masalah boleh diselesaikan dengan merusuh,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada para belia untuk bersikap lebih rasional, beradab sopan dan menurut syariat Islam yang menolak segala bentuk tindakan kekerasan.

“Pemuda ISMA menyeru para belia negara untuk bersikap lebih rasional, bertindak mengikut adab ketimuran yang penuh sopan serta syariat Islam yang menolak segala bentuk tindakan kekerasan, merosakkan harta benda awam dan mengancam nyawa manusia,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?