Isma Samarahan giat berdakwah kepada masyarakat setempat

Ju berambeh (3)

Oleh: Mohamad Nor Fakihin Aqsa Bin Mohd Nor Azam

KOTA SAMARAHAN, 5 Sept – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Samarahan berpeluang membuka booth pameran sempena program Ju Berambeh anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak, baru-baru ini.

Menurut Ketua Biro Dakwah Isma Samarahan, Encik Rasheedan bin Ellin, Isma sentiasa meneroka peluang baharu berdakwah demi mengesani masyarakat dengan nilai Islam sebenar.

“Isma sentiasa berada di barisan hadapan dan menyokong usaha pelbagai pihak yang terlibat aktif dalam memberi kesedaran tentang Islam yang syumul kepada masyarakat.

“Kita melihat kerjasama seperti ini dapat memperkasa gerak kerja amal Islami dengan lebih efisien,” ujarnya.

Ju berambeh (1)

Booth pameran Isma Samarahan nyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Program yang diadakan di Masjid Daerah Serian itu dihadiri masyarakat sekitar khususnya dari sekitar Kota Samarahan.

Sebagai sebuah cawangan Isma di negeri Sarawak, Isma Samarahan giat menganjurkan program dakwah dan tarbiah dari peringkat kanak-kanak sekolah rendah, remaja, belia dan dewasa.

Ju berambeh (2)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?