Jemaah haji cecah 30 juta tahun 2020

file-13-Haj-Minister-Bandar-Hajjar

JEDDAH, Isnin – Menteri Haji Arab Saudi, Bandar Hajjar memberi jaminan bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir pengurangan kuota untuk jemaah haji  berikutan projek perluasan Masjidil Haram tidak lagi dilakukan pada masa hadapan. 

“Bermula dari musim haji akan datang, bilangan jemaah akan meningkat kepada lima juta dan seterusnya kepada 30 juta dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Baliau berkata, segala usaha telah dibuat bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah pada tahun ini.

“ Usaha tersebut termasuk pembentukan dan pengendalian sistem elektronik bersepadu bagi jemaah haji yang tiba dari luar di mana semua tugas yang berkaitan dengan prosedur ketibaan akan dilaksanakan dan didokumenkan seperti kontrak, pakej perkhidmatan, pengangkutan dan penginapan,” katanya.

Kementerian Haji juga telah diselaraskan dengan Kementerian Luar Negeri untuk memberi atau mengeluarkan visa haji bagi sesiapa sahaja melalui sistem elektronik bersepadu.

“Bagi jemaah dalam negara, kementerian juga telah mewujudkan satu sistem elektronik yang membolehkan rakyat dan penduduk untuk membuat permohonan permit melalui perkhidmatan haji pilihannya dan untuk memilih jenis apa yang mereka mahu dan boleh membayar kos perkhimatan secara elektronik.

“Penggunaan sistem elektronik dibuat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah, terutamanya bagi mengawal harga perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu ia juga membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dalam suasana selesa di samping melindungi hak jemaah,” katanya. 

Selain itu, pihak kerajaan juga akan memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah mereka dengan baik dan menjamin kesihatan mereka dari wabak penyakit seperti virus korona.

Dalam hal ini, raja dan putera mahkota mengarahkan semua pihak yang terlibat dalam operasi haji untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan rawatan perubatan untuk semua jemaah dan pelawat.

Dalam masa yang sama Kementerian Kesihatan juga telah mengambil langkah-langkah menyeluruh bagi memastikan semua jemaah yang meninggalkan negara itu bebas dari sebarang jangkitan virus. – Agensi 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?