Jerebu: 18 kawasan catat IPU tidak sihat

jerebu

KUALA LUMPUR, Sabtu – Lapan belas kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Selain Sarawak, situasi itu melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Batu Muda merekodkan bacaan paling tinggi iaitu 162, diikuti Pelabuhan Klang (161), Samarahan (158), Shah Alam (157), Petaling Jaya (148), Kuala Selangor (147), Kuching (142) dan Nilai (141).

Kawasan lain ialah Sri Aman (136), Banting (134), Seremban (132), Cheras, Putrajaya, Jerantut (120), Bukit Rambai (108), Seri Manjung (107), Port Dickson (106) dan Bandaraya Melaka (101).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?