Jerebu: 34 kawasan catat bacaan tidak sihat setakat pagi Selasa

Jerebu memenuhi ruang udara Kuala Lumpur ketika gambar ini dirakam pada jam 12 tengahari dari puncak Bukit Permai, Cheras di sini berikutan jerebu yang melanda Kuala Lumpur hari ini. Indeks Pencemar Udara (IPU) di Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan pada aras sederhana dengan bacaan 85 setakat 11 pagi ini. JUN 21, 2013. Foto/SAFWAN MANSOR

BANGI, Selasa – Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar setakat jam 7 pagi ini mencatatkan bacaan tidak sihat di 34 kawasan seluruh negara.

Antara kawasan yang teruk terjejas akibat jerebu adalah di SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak yang mencatatkan bacaan 188.

Ia diikuti dengan Batu Muda, Kuala Lumpur (186), Banting (184), Nilai (182), Jalan Tasek, Ipoh (181), Putrajaya (176), Seremban (175) dan Bukit Rambai, Melaka (174).

Lain-lain kawasan yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat adalah Balok Baru, Kuantan (172), Kemaman (168), Seri Manjung, Perak (168), dan Seberang Jaya, Pulau Pinang (163).

Semalam, Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan agar seluruh sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup atas faktor kesihatan.

Pagi ini Bernama melaporkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menangguhkan sesi pengajaran dan pembelajaran di kampus Nilai berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap yang membimbangkan.

Bacaan IPU pada kadar 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 100-200 (tidak sihat), 200-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?