KATA PEDANG: Jangan celupar terhadap Islam, Melayu
AKHIRNYA Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana memfailkan saman terhadap si pemilik mulut celupar Eric Paulsen.
Pada Januari awal tahun ini, Eric telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah terhadap Isma apabila mengaitkan kejadian serangan ke atas Charlie Hebdo di Paris dengan Isma di Malaysia.
Kenyataan di twitternya itu membawa maksud kejadian serangan itu boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan masih menyokong kumpulan ekstremis seperti Isma.
Lihat, betapa celupar dan jahatnya Eric Paulsen terhadap Islam dan badan-badan yang mempertahankan Islam!
BERITA BERKAITAN: Isma saman Eric Paulsen RM3 juta
Cuba teliti laporan-laporan aktiviti yang telah dijalankan oleh Isma dan agensi-agensinya selama ini.
Melalui Kelab Anak-Anak Hebat (Kelab NAZIM), Isma mendidik anak-anak kecil cara bersolat, menjadi huffaz cilik supaya kenal Islam, rapat dengan Al-Quran dan mengamalkan ajarannya. Macam ini ekstrem?
Melalui Kelab Remaja Isma (KRIM), Isma mengadakan ceramah dan program pembangunan jati diri di sekolah-sekolah, program lepasan SPM dan lain-lain. Macam ini ekstrem?
Melalui Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), sebuah pertubuhan belia berdaftar yang aktif di kampus universiti, ia yang menawarkan 5 pakej program kepada mahasiswa seperti tarbiyah, rekreasi, kepimpinan, bakti dan media. Macam ini ekstrem?
Melalui Wanita Isma, sayap kewanitaan bagi Isma, Isma menganjurkan usrah wanita dengan pengisian keagamaan. Selain itu, Konvensyen Wanita Islam (Konwanis) dianjurkan dan mendapat sambutan baik masyarakat. Macam ini ekstrem?
Melalui Yayasan Ikhlas, sebuah yayasan berdaftar yang memfokuskan aspek kebajikan, anak yatim, misi-misi kemanusiaan dan dakwah muallaf dan orang asli, macam ini ekstrem?
Melalui Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Isma memfokuskan aspek pembangunan tamadun Islam dalam perubatan dan kesihatan. Terkini, Konvensyen Kesihatan Wanita Kebangsaan yang bertemakan Reproduksi dan Fiqh Wanita (Reprofiqh) telah dianjurkan dengan kehadiran 500 orang. Macam ini ekstrem?
Baca dan lihatlah sendiri semua program yang dianjurkan oleh Isma menerusi laman web rasminya www.isma.org.my dan laman facebook rasmi Ikatan Muslimin Malaysia. Wujudkah unsur-unsur ekstremisme di situ?
KATA PEDANG: Isma juga lantang mempertahankan maruah Islam dan Melayu. Pantang ada isu, pimpinan Isma mesti akan bersuara di media. Macam ini ekstrem? Atau anda takut Islam berada di atas mengatasi yang lain?
Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.
LAGI…
KATA PEDANG: ‘Sampah’ kuning disambung dengan ‘sampah’ merah
KATA PEDANG: PAS ajar PKR, DAP berpolitik
KATA PEDANG: Islam kena memimpin, bukan dipimpin
Ulasan
Catat Ulasan