KATA PEDANG: PAS ajar PKR, DAP berpolitik

tuan guru haji hadi
KENYATAAN Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bahawa parti itu tetap mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang baharu menunjukkan kuasa politik yang dimiliki oleh PAS dalam memenangi undi Melayu.

Hal ini dibuktikan menerusi perhimpunan haram Bersih 4 yang menyaksikan tidak ramai orang Melayu yang turun seperti perhimpunan-perhimpunan sebelumnya.

DAP dan PKR tidak boleh menafikan ia berpunca daripada pendirian PAS yang ‘memboikot’ perhimpunan itu.

Meskipun ada GHB, bilangan Melayu yang dikumpulkan tidak boleh menandingi aura yang dimiliki oleh PAS.

Disebabkan itu, PKR tidak malu-malu untuk membuat pendirian mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang baharu.

PKR tahu, tanpa PAS, pembangkang tidak akan berjaya. GHB atau PAN, masih tak boleh diharapkan untuk menarik undi Melayu bahkan mungkin menjadi beban yang ditanggung oleh pakatan pembangkang.

Kesetiaan GHB kepada DAP tidak akan membantu pakatan pembangkang untuk sampai ke Putrajaya.

Inilah hakikat yang telah disedari oleh PKR.

Ini bermakna, pendirian PAS dalam Bersih 4 telah memberi pelajaran politik yang penting dan berharga kepada PKR dan DAP.

KATA PEDANG: Berpolitiklah mengikut cara masing-masing tetapi agenda Melayu dan Islam jangan sekali dipandang enteng!

Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?