KATA PEDANG: ‘Sampah’ kuning disambung dengan ‘sampah’ merah

sampah 3
SAMPAH. Politik sampah.

Tidak cukup dengan ‘huru-hara’ disebabkan perhimpunan haram baju kuning (Bersih 4), kini individu-individu yang terlajak pandai mahu menganjurkan pula perhimpunan baju merah.

Biarpun ia mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa, namun sampah tetap sampah. Tiada bezanya ‘sampah merah’ 16 September nanti berbanding ‘sampah kuning’ sebelum ini.

Dua-dua sampah.

Mengapa Pedang berkata demikian? Bukankah niat mereka baik iaitu untuk menzahirkan cinta kepada negara sempena Hari Malaysia? Lebih penting daripada itu, mereka mahu melawan perhimpunan haram sampah kuning. Itu saja.

Lagipun, penganjur mematuhi prosedur yang ditetapkan. Tambahan pula, negara kita mengiktiraf hak kebebasan berhimpun, jadi apa masalahnya?

Memang benar negara kita mengamalkan demokrasi dan mengiktiraf hak berhimpun, tiada siapa menafikan hal ini.

Persoalannya, siapakah akan untung dengan perhimpunan sampah kuning dan sampah merah ini?

Pedang tidak nampak sebarang peningkatan dalam produktiviti negara. Begitu juga dalam aspek keamanan negara, pembangunan ekonomi, pendidikan, politik dan aspek-aspek lain.

Siapa yang untung?

Adakah agenda ekonomi Melayu dan bumiputera akan meningkat?

Adakah kesedaran di kalangan rakyat untuk mencintai negara, bangsa dan agama akan meningkat?

Adakah begini bentuk pengisian kemerdekaan yang dicapai selama ini?

Adakah negara kita melangkah maju setapak ke hadapan dengan perhimpunan sampah kuning dan merah ini?

Cukuplah. Dengarlah suara majoriti rakyat yang bencikan sampah-sampah memenuhi ruang media dan menyesakkan pemikiran mereka. Ini semua permainan politik kerajaan dan pembangkang yang tak pernah lekang dengan idea-dea sampah!

KATA PEDANG: Memang benar apa yang diserukan oleh Isma selama ini bahawa jika kita tidak memiliki agenda perjuangan, kita akan lebih mudah mengikut orang lain menjayakan agenda mereka, yang akhirnya merugikan agenda Melayu dan Islam.Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?