KATA PEDANG: Setuju Melayu pimpin Malaysia, tapi yang bagaimana?

Antara poster kempen 'Undilah Calon Muslim Berwibawa' pada PRU13 lalu.

Antara poster kempen ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ pada PRU13 lalu.

SEBELUM ini apabila diseru bahawa hanya orang Melayu boleh memimpin Malaysia, ada yang menjawab Melayu ada yang rasuah, lebih baik yang bukan Melayu kerana tidak rasuah.

Ini satu contoh pemikiran sempit bila disebut perkataan Melayu. Apa yang mereka nampak hanyalah UMNO. Sedangkan ramai lagi orang Melayu yang tidak masuk UMNO.

Semalam, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan perkara yang sama iaitu hanya Melayu yang memimpin Malaysia.

BACA: Hanya Melayu pimpin Malaysia, kata Hadi

Sudah tentu Melayu yang dimaksudkan bukanlah Melayu UMNO. Boleh jadi Melayu yang ada dalam PAS dan di luar PAS. Paling utama, Melayu yang memerintah Malaysia, bukannya orang bukan Melayu.

Logiknya mudah, hanya orang Islam yang mengangkat Islam. Maka, hentikanlah berharap orang bukan Islam akan memperjuangkan agama Islam.

Ada yang berkata, sekarang ini, orang Melayu yang memimpin negara. Tengok apa sudah jadi kepada negara? Pedang jawab, pilihlah orang Melayu berwibawa. Yang jelas agenda Islamnya. Inilah seruan Isma dalam PRU13, ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’.

Ada pula yang berhujah, cuba lihat pentadbiran parti rasis dan cauvinis DAP di Pulau Pinang. Macam-macam elaun diberikan kepada umat Islam Pulau Pinang. Ini belum dikira peruntukan kewangan tahunan majlis agama Islam negeri yang ditingkatkan dalam jumlah besar jika dibandingkan dengan peruntukan di zaman pemerintahan BN di negeri itu.

Ini satu lagi contoh pemikiran sempit. Kalau setakat mahu dinilai aspek peruntukan kewangan dan materialistik, UMNO pun banyak menyumbang untuk agama Islam sejak bertahun lamanya. Hujah ini tak boleh pakai.

Berdasarkan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi semalam, kita jelas memahami komitmen PAS dalam mengangkat Islam di Malaysia. Langkah PAS tidak bersama parti rasis dan cauvinis DAP dalam pakatan pembangkang adalah langkah bijak bagi memastikan tiada orang bukan Islam naik ke tampuk pemerintahan negara.

Isma telah memberi peringatan sebelum ini, jika mahu bertahaluf dengan DAP, pastikan parti Islam yang dominan, bagi memastikan agenda Islam yang diangkat.

KATA PEDANG: Bersama kita membangunkan orang Melayu dengan Islam, memiliki jati diri yang kuat, berakhlak dan profesional, untuk menjadi peneraju negara Islam Malaysia.Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

LAGI…

KATA PEDANG: Jangan celupar terhadap Islam, Melayu
KATA PEDANG: ‘Sampah’ kuning disambung dengan ‘sampah’ merah
KATA PEDANG: PAS ajar PKR, DAP berpolitik
KATA PEDANG: Islam kena memimpin, bukan dipimpin

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?