Lagi Zionis Israel ceroboh masjid Al-Aqsa

aa_picture_20150913_6279675_high

BAITULMAQDIS, Isnin – Pertempuran sekali lagi berlaku di antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, beberapa jam sebelum bermulanya sambutan tahun baru penduduk Yahudi, semalam.

Ketegangan sebelum ini berlaku selepas Menteri Pertahanan Isreal, Moshe Yaalon mengharamkan dua kumpulan Muslim dari memasuki masjid berkenaan.

Saksi memberitahu, pihak berkuasa Israel telah bertindak menyerbu perkarangan Masjid Al- Aqsa pagi semalam dengan melepaskan bom asap dan mencederakan orang ramai.

“Pihak berkuasa selepas itu bertindak mengepung jemaah di dalam masjid dengan menutup pintu dan pagar sebelum menembak mereka menggunakan peluru getah,” kata seorang saksi.

Difahamkan seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang dikenali sebagai Anas Siyam telah dikejarkan ke Hospital selepas terkena tembakan peluru getah di bahagian dada dan keadaannya masih tidak diketahui sehingga setakat ini. 

Dalam pada itu, saksi juga mendakwa pihak berkusa Israel telah menyerang pekerja Kementerian Wakaf Palestin, termasuk pengarahnya, Sheikh Omar al-Kiswani, apabila Israel melarang wanita, remaja serta kanak-kanak dari memasuki perkarangan masjid dan hanya sebilangan kecil lelaki berusia 50 tahun ke atas dibenarkan masuk.

Berikutan dengan kejadian itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk insiden berkenaan dengan menyifatkannya sebagai serangan pihak berkuasa Israel.

“Presiden sekeras-kerasnya mengecam serangan oleh polis Israel di Masjid al-Aqsa dan penduduk Palestin,” jelas satu kenyataan dari pejabatnya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?