Melayu mesti ambil iktibar pejuang terdahulu untuk dihormati

tun m pejuang

Oleh Siti Fatimah Ishak

SHAH ALAM, Isnin – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad mengingatkan orang Melayu untuk mengambil iktibar daripada perjuangan pejuang tanah air terdahulu sekiranya mahu bangsa Melayu terus dihormati.

Beliau berkata pejuang-pejuang Melayu terdahulu sedaya-upaya membebaskan negara kita daripada cengkaman penjajah.

“Hargailah perjuangan mereka. Ambil iktibar dari perjuangan mereka jika kita mahu Melayu terus kuat, kekal dan dihormati.

“Jika kita lupa sejarah, kita akan ulang kesalahan yang terdahulu. Orang yang lupa sejarah akan mengulangi kesilapan lampau,” katanya ketika berucap dalam ‘Malam Inspirasi Perjuangan Pejuang 2015’ di Shah Alam Convention Center di sini hari ini.

Tun Mahathir yang memerintah negara lebih 20 tahun berkata, pejuang-pejuang negara terdahulu mempunyai matlamat yang sama sekalipun berbeza pandangan dan perjuangan.

Mengambil contoh enam pejuang Melayu antaranya Pendeta Zaaba, Dr Burhanuddin Al-Hilmy, Dato’ Onn Jaafar, Maarof Zakaria, Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Tun Abdul Razak Hussein Tun M berkata, apa yang diperjuangkan mereka hanya untuk bangsa dan agama.

“Misalnya, Pendeta Zaaba fokusnya pada bahasa Melayu, Burhanuddin Helmi seorang pemimpin agama, Dato’ Onn pejuang bangsa, Ibn Zain memperjuangkan isu pelajaran, begitu juga dengan Tun Razak yang sangat berjasa pada negara.

‘Kita dapat lihat mereka ini bukan daripada badan atau kumpulan yang sama, tetapi mereka perjuangkan perjuangan yang sama melalui pendapat yang mereka fahami.

“Bezanya antara mereka kadang-kadang ketara tapi tumpuan mereka tetap sama untuk bangsa dan negara..dan bangsa itu adalah Melayu,” katanya.

Dalam masa yang sama Tun Mahathir mengucapkan tahniah kepada Isma ekoran menganjurkan Malam Inspirasi Pejuang 2015 kerana mengenengahkan jasa bakti tokoh-tokoh silam yang telah melakar sumbangan untuk bangsa dan agama.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?