MT UMNO: Khairy yakin 100 peratus tiada siapa akan dipecat

khairy jamaluddin
PUTRAJAYA, Selasa – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hari ini melahirkan rasa keyakinannya bahawa tiada pemimpin kanan UMNO yang akan dipecat menjelang Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok.

“Saya yakin 100 peratus tiada pemimpin kanan UMNO yang akan dipecat esok,” katanya ketika ditemui di Majlis pelancaran Indeks Belia Malaysia 2015 di sini, hari ini.

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mendakwa ada pemimpin kanan Umno seperti Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan beberapa ahli Majlis Tertinggi termasuk Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Ahmad Said yang akan dipecat esok.

Dalam pada itu, beliau memberitahu mesyuarat esok hanyalah sekadar mesyuarat biasa.

“Kita akan berbincang bila untuk mengadakan perhimpunan agung tahunan, isu-isu politik semasa dan hal-hal pentadbiran parti,” katanya.

Majlis Tertinggi Umno tidak bermesyuarat hampir tiga bulan selepas mesyuarat itu ditangguhkan berikutan dengan rombakan Kabinet sebelum ini.

Sementara itu, Khairy juga menyatakan hubungan di antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masih dalam keadaan baik dan positif.

“Kita semua bercakap dengan satu sama lain, kita semua adalah professional,” katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal telah disingkirkan daripada Kabinet dalam rombakan pada 28 Julai lalu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?