Najib mesti nyatakan tarikh khusus untuk selesaikan 1MDB: Pas

tuan ibrahim

BANGI, Jumaat – Pas mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberhentikan drama enam bulan sekaligus menyatakan tarikh khusus kepada penyelesaian hutang syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun ia menjadi hak Perdana Menteri untuk tidak menyatakan pelan pemulihan tersebut, namun tempoh keramat yang diminta beliau sentiasa berubah.

“Apakah semalam (9 September) Najib telah menekan butang reset dan memulakan semula kiraan tempoh enam bulan bermula 9 September pula?

“Walaupun menjadi hak Perdana Menteri untuk tidak menyatakan plan pemulihan tersebut, namun oleh kerana tempoh keramat yang diminta beliau sentiasa berubah, Pas mencadangkan rangka pemulihan dana 1MDB dibentang di Parlimen bagi rakyat mengetahui dan mengemukakan cadangan balas terhadap pelan pemulihan tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Ini berikutan Tuan Ibrahim berkata, sehingga kini pelan tersebut hanya berada dalam pemikiran Najib sebagai Menteri Kewangan.

Tambahnya, pihak pengurusan 1MDB juga perlu diberi tempoh kerana setiap hari yang berlalu faedah pinjaman terus meningkat dan kerisauan rakyat semakin bertambah.

Susulan itu beliau mempersoalkan sama ada Najib bakal melepaskan sekurang-kurangnya jawatan Menteri Kewangan daripada portfolionya jika masalah tidak dapat diselesaikan. 

“Apakah beliau akan melepaskan sekurang-kurangnya jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio beliau?,” soalnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?