Najib rasmi Liga Bola Sepak Rakyat (LBR)

FBL-AFF-INA-MAS
PEKAN, Ahad – Kerajaan komited untuk membantu memperkasakan sukan bola sepak di negara ini dengan menyokong program pembangunan sukan itu di peringkat akar umbi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, program seperti Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), yang diilhamkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, adalah antara antara platfom terbaik program pembangunan yang perlu diketengahkan untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu yang berkualiti.

“Bola sepak bukan sahaja permainan yang perlu diperkembangkan di peringkat akar umbi tetapi pelan pembangunan untuk ketengahkan bakat baharu yang berpotensi juga perlu dilakukan.

“Program ini tidak boleh dibiarkan dengan sendirinya tetapi perlu dilaksana dengan kaedah saintifik dan profesional, barulah dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berkualiti,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan LBR di Dataran Pekan di sini hari ini.

LAGI BERITA MENYUSUL

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?