PAS tidak akan bekerjasama dengan parti cauvinis

Abdul-Hadi-Awang

SHAH ALAM, Sabtu – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa partinya tidak akan tidak menjalinkan kerjasama dengan parti politik yang mengamalkan budaya chauvinis.

Jelasnya, PAS merupakan sebuah parti politik yang memartabatkan Islam dan menolak fahaman politik oleh pihak-pihak tertentu.

“Islam telah mensyaratkan kemampuannya untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk bukan kerana fanatif, bukan kerana opotunis.

“Ini kerana tidak ada tempat bagi ajaran Islam dikalangan yang fanatif, kalangan yang berfahaman chauvinis dan kalangan yang opputinis bahkan kalangan pelampau tidak ada tempat bagi Islam,” katanya berucap pada Kongres Rakyat di sini, hari ini.

Hadi bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas parti politik yang dimaksudkan.

Pada Jun lalu juga, beliau dalam satu kenyataan berkata PAS sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti, kecuali yang bersifat cauvinis.

Walaupun tidak merujuk kepada mana-mana parti politik, DAP sebelum ini dilihat sebagai parti rasis dan cauvinis kerana menunjukkan sifat dan pendirian serta semangat yang melampau dalam memperjuangkan kepentingan satu kaum.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?