Pelancong China dikecualikan visa kata Najib

visass

BANGI, Isnin – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi pengecualian visa kepada pelancong daripada China bermula 1 Oktober ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat adalah untuk merancakkan sektor pelancongan negara berikutan kejatuhan nilai mata wang ringgit.

“Kerajaan akan menambah peruntukkan sebanyak RM80 juta bagi memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih seperti Asean, China dan India.

“Kerajaan akan memberi pengecualian visa kepada pelancong dari negara China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Oktober 2015 sehingga 31 Mac 2016,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Katanya, pemberian visa akan dipermudahkan lagi kepada pelancong daripada negara pengunjung utama dengan memperkenalkan sistem e-visa.

Najib berkata demikian ketika membentangkan langkah-langkah pro-aktif yang diambil kerajaan bagi mengurang impak ketidaktentuan ekonomi global.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?