Pembaca TMI dakwa ISMA sudah bertapak dalam PAS

isma-pas 1

BANGI, Khamis – Kemelut perpecahan yang melanda Pakatan Rakyat (PR) menjadi perhatian muktahir ini apabila sebuah pertubuhan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kelihatan semakin meresapi dalam tindak tanduk parti Islam, PAS.

“ISMAisme dilihat sudah bertapak dalam PAS,” dakwa pembaca sebuah portal liberal, The Malaysian Insider hari ini.

Menerusi kolum rencana yang bertajuk ‘ISMAisme meresap dalam PAS’, penulisnya Mohd Azhar Abd Rahman berkata perkara itu dibuktikan melalui beberapa kenyataan dan pendekatan PAS semakin mirip dengan pimpinan ISMA.

“Ini menjadi satu lagi perkara yang membingungkan penyokong-penyokong PAS yang neutral dan dahulunya bermati-matian menyanggah serangan-serangan ISMA terhadap PAS tetapi kini ISMAisme mula menyusup masuk dalam minda ahli-ahli PAS.

“Dahulu, semasa Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada, beliau sangat menentang perjuangan yang meletakkan Melayu sebagai asas. Maka PAS pada ketika itu tidak langsung mengendahkan momokan bangsa apabila Umno sering mengatakan PAS tidak dapat menjaga Melayu.

“Namun sejak akhir-akhir ini, PAS semakin terikut-ikut dengan ideologi ISMAisme. Pendirian ISMA yang sebelum ini disangkal PAS dengan bersungguh-sungguh menjadi sebaliknya.

“Kadang-kala kenyataan yang dikeluarkan mengelirukan masyarakat umum sama ada ini PAS atau ISMA. Kenyataan-kenyataan yang dilontarkan berbau ISMAisme,” katanya.

Tulisnya lagi, biarpun ISMAisme belum benar-benar sebati dengan PAS, tetapi kesan serapan itu sudah kelihatan. Meskipun beberapa pimpinan dalam Jawatankuasa PAS sudah pun memperlihatkan ISMAisme ini sebagai pegangan, seperti Dr Mohd Zuhdi Marsuki, namun kedudukan mereka belum pada peringkat yang membimbangkan.

Namun Mohd Azhar berkata, proses resapan ini akan terus berlaku sekiranya tidak dikekang segera dan sedikit sebanyak akan memberi gambaran negatif terhadap PAS bagi pandangan masyarakat bukan Islam.

“Sememangnya secara sedar ataupun tidak, ISMAisme menakutkan kaum bukan melayu dan bukan Islam.

“Mereka yang Cina tetapi Islam juga berasa kurang selesa dengan ISMAisme kecuali Ridhuan Tee Abdullah.

“Mungkin matlamat fahaman ISMAisme mahu melihat Islam didaulatkan itu selaras dengan PAS tetapi menakut-nakutkan kaum lain dan merendah-rendahkan mereka bukanlah ajaran Islam yang sebenar,” tulisnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?