Presiden Isma terima kunjungan Sekretariat KL Summit

850637557_25570_828139102823085684

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Rabu – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menerima kunjungan hormat daripada Sekretariat Persidangan Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) di pejabat rasminya di sini pagi tadi.

Mereka ialah Presiden Parti Al-Hims, Algeria merangkap Setiausaha Agung KL Summit, Abdul Razak Makri, Pengerusi Pusat Diplomatik Arab Turki (TAIM) Ir Munir Saeid Algha dan aktivis politik Palestin, Bashar Shalbi.

Kunjungan ini adalah untuk membincangkan persiapan program KL Summit yang dijadualkann berlangsung pada 6 hingga 8 November ini.

Menurut Ustaz Abdullah Zaik, lawatan ini membuktikan bahawa Isma mempunyai hubungan istimewa dengan gerakan parti politik, NGO dan pemikir dari seluruh dunia.

“Ini adalah usaha menggabungkan mereka bersama untuk memikirkan isu-isu berkaitan dengan umat Islam,” katanya ketika Ismaweb.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Isma Ustaz Salman Al-Farisi Selamat berkata, Isma berbesar hati kerana menerima lawatan rasmi pertama dari luar negara ke ibu pejabat baharu.

“Ibu pejabat Isma baru sahaja beroperasi selama sebulan bermula pada awal Ogos lalu.

“Kami berbesar hati kerana, kunjungan hari ini merupakan lawatan rasmi pertama yang diterima selepas sebulan ibu pejabat ini beroperasi,” katanya.

Turut sama mengiringi, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Persahabatan Malaysia-Turki (MTF) Ustaz Qamarul Naim Mohd Faisal, Naib Presiden 1 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni serta Naib Presiden 2 ISMA, Abdul Rahman Mt Dali.

KL Summit adalah persidangan yang mengumpulkan para cendekiawan Islam dari seluruh dunia dan dipengerusikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Acara tahunan ini telah diadakan pada 11 hingga 13 November 2014 dan bakal berlangsung pada 6 dan 7 November tahun ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?