Presiden Pro-M UKM, ditoreh individu tidak dikenali
BANGI, Isnin – Seorang pemimpin mahasiswa yang mewakili Pro-Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa telah diserang dan dicederakan oleh individu yang tidak dikenali.
Presiden Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Muhammad Syahir Rahimi Sukri, 22, mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dipukul dan ditoreh kira-kira jam 4 pagi tadi.
Sementara itu, menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Tan Kar Hing berkata, mangsa diserang di dalam kampus berhampiran kolej kediamannya di Kolej Yaakub.
Katanya, ketika itu, pemimpin pelajar berkenaan mengambil giliran untuk menjaga poster-poster yang ditampal sempena pilihan raya kampus.
Berikutan insiden tersebut, rakan mangsa, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat pagi ini berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, keadaan mangsa kini stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Serdang.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan