Quebec sedia tambah kemasukan pelarian Syria menjadi 3,650 orang

quebec
KANADA, Selasa – Menteri imigresen Quebec telah berikrar, pada hari Isnin lalu bahawa negeri itu bersedia menambah jumlah pelarian Syria yang masuk ke negeri itu menjadi 3,650 orang dan meminta kerajaan persekutuan supaya menghulurkan bantuan untuk memudahkan proses.

Menteri Imigresen, Kathleen Weil berkata negeri itu sudah menerima 1,200 pelarian dan berhasrat untuk menerima lagi 2,450.

Katanya ini sebagai memenuhi permintaan masyarakat setempat yang mahu membantu mereka yang memerlukan.

Pada minggu lalu, Datuk Bandar Toronto dan Montreal serta beberapa kerajaan negeri lain telah menggesa kerajaan persekutuan untuk berbuat sesuatu bagi meredakan nasib ratusan ribu pelarian yang membanjiri Eropah akibat konflik berdarah di Syria, Iraq dan negara lain.

“Kerajaan Quebec sedang berusaha menambah bilangan pelarian Syria, daripada 1,200 sedia ada menjadi 3,650 orang menjelang akhir tahun ini,” kata Weil.

Dua pertiga daripada jumlah pelarian akan ditaja oleh sumbangan persendirian termasuk kumpulan-kumpulan bantuan kemanusiaan dan kumpulan agama, manakala satu pertiga lagi akan ditaja menerusi program kerajaan.

Katanya lagi, keadaan pelarian yang semakin teruk menyebabkan penduduk Quebec mahu menyumbang lebih untuk membantu pelarian Syria.

Krisis migran di Eropah adalah antara isu yang mewarnai Kanada menjelas pilihan raya negara itu pada 19 Oktober akan datang. – Agensi

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?