Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS

currency.new_

BANGI, Isnin – Ringgit hari ini ditutup lebih rendah berbanding dolar AS berikutan lebih banyak pelabur mengalih minat daripada mata wang pesat berkembang kepada aset selamat, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit diniagakan pada 4.3275/3325 berbanding dolar AS daripada 4.2560/2610 pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata hari ini dolar AS menerima sedikit sokongan berikutan pengumuman data pekerjaan AS yang bercampur-campur membantu pelabur mendapat gambaran lebih jelas berhubung pemasaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Ringgit turut rendah dalam dagangan berbanding mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding dolar AS kepada 3.0330/0374 daripada 3.0040/0085 pada Jumaat dan jatuh berbanding yen kepada 3.6277/6325 daripada 3.5738/5792 sebelum ini.

Unit tempatan merosot berbanding pound sterling kepada 6.6038/6127 daripada 6.4849/4933 pada Jumaat dan menyusut berbanding euro kepada 4.8299/8372 daripada 4.7408/7468 sebelum ini. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?