Ringgit ditutup RM4.33 berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR, Jumaat – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini disokong minat belian terhadap unit tempatan itu berikutan permintaan komersial, kata seorang peniaga.
Pada jam 6.45 petang ini, ringgit disebut harga pada 4.3300/3200 berbanding dolar AS daripada 4.3340/3400 pada Khamis.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Unit tempatan naik berbanding pound British pada 6.6576/6679 daripada 6.6692/6797 pada Khamis. Ia turun berbanding euro kepada 4.8716/8781 daripada 4.8519/8604 semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0510/0569 daripada 3.0594/0641 sebelumnya dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5812/5868 daripada 3.5857/5915. – Bernama
Ulasan
Catat Ulasan