RM2.6 bilion wang haram, sebab itu Najib halang siasatan: Tun M
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Khamis – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghalang siasatan berhubung ‘derma’ bernilai RM2.6 bilion yang didebitkan ke akaun peribadinya membuktikan wang tersebut diperolehi secara haram.
“Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.
“Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan,” dakwa Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan terbaru bertajuk ‘Wahai Ahli Umno’ di blognya chedet.cc hari ini.
Mengulas lebih lanjut katanya, pembangunan negara kini diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbilion Ringgit sudah tidak dapat dikesan.
“Yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak 2.6 bilion Ringgit dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian.
“Sekarang wang ini telah dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini.
“Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri.
“Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib bahawa 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab,” katanya lagi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan