Satu lagi mayat mangsa bot karam dijumpai, jumlah korban kini 64 orang

HUTAN MELINTANG, 5 Sept -- Anggota pasukan penyelamat mengangkat salah satu daripada lima mayat mangsa bot karam di Markas Utama Operasi Mencari dan Menyelamat di Perhentian Feri Ladang Sungai Bernam hari ini. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

PELABUHAN KLANG, Rabu – Satu lagi mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam Khamis lepas, dijumpai petang semalam, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 64 orang.

Pengarah Operasi Maritim Daerah Klang Komander Maritim Mohamad Faaiz Mohd Nor @ Samah berkata berkata mayat lelaki dewasa itu ditemui pada kira-kira 6 petang di sekitar 52.3 kilometer atau enam batu nautika dari lokasi kejadian.
 
“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Kita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat hari ini bagi mencari saki-baki
mayat.

“Jika tiada lagi mayat ditemui, kita akan pertimbang sama ada untuk terus atau tamatkan operasi ini, tertakluk kepada arahan dari ibu pejabat,”
katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohamad Faaiz berkata skop operasi pencarian yang masuk hari ketujuh hari ini kini tertumpu ke arah selatan iaitu dari perairan Sabak Bernam ke perairan
Kuala Selangor menggunakan dua bot dan sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Khamis lepas, bot sepanjang 40 kaki yang dinaiki warga Indonesia dipercayai pendatang asing tanpa izin itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai
Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Seramai 20 penumpang terselamat dalam kejadian itu.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?