SPRM siasat pemberian zakat DEIG

sprm

Oleh Siti Fatimah Ishak

KUALA LUMPUR, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berdiam diri terhadap laporan  pemberian zakat oleh syarikat pengurusan risiko Selangor, Darul Ehsan Investment Group (DEIG), baru-baru ini.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani, sebaliknya berkata, siasatan terhadap laporan itu sudah dimulakan  sejak Julai lalu.

“Berhubung isu zakat yang dikaitkan dengan DEIG, SPRM telah pun menjalankan siasatan sejak Julai 2015 dan siasatan  tersebut masih lagi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, DEIG dikatakan membayar zakat berjumlah RM5 juta, sedangkan syarikat RM2 itu yang mengawal  beberapa anak syarikat kerajaan Selangor yang memiliki aset berbilion-bilion ringgit, masih belum memulakan  operasi.

Difahamkan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung pemberian zakat oleh DEIG yang  didakwa disalurkan kepada PKR peringkat cabang di beberapa negeri lain.

Isu ini timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi mendedahkan  sekeping gambar yang menunjukkan Ahli Parlimen PKR Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas berdiri di atas pentas bagi menyampaikan sumbangan zakat daripada DEIG kepada asnaf di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Simi juga mengesahkan SPRM telah menyiasat kedudukan DEIG dan mendapati setakat ini syarikat itu  tidak melanggar apa-apa kesalahan mengikut Akta SPRM 2009.

“Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan Akta SPRM 2009 dan tidak bercadang untuk mengambil  tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat maklumat baharu yang mempunyai asas di bawah kesalahan itu, pihak SPRM  bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?